Monday 23 April 2012

ANDA PEMARAH???


Anda pemarah??
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda…..

Kita semua sama disisi Allah..Ilmu dan takwa yang membezakannya...
Bersungguh2kah kita terhadap dua perkara tersebut sepertimana kita asyik dek risaukan duit/kekayaan ?

Kenapa kita menangis/merintih tidak berduit tetapi tidak menangis kita tidak dapat membaca kitab Allah,tidak solat,tidak dapat mengunjungi rumah Allah ? kenapa kita gembira didunia, sedangkan kita akan menangis di akhirat ? Kenapa kita risaukan kebencian penduduk bumi, tetapi tidak endah kebencian penghuni langit ?


Diriwayatkan juga kisah di padang mahsyar di mana seorang pemuda didatangi seorang yg telah menzalimi dia sewaktu di dunia untuk meminta keampunan kerana kesalahannya tidak diampunkan pemuda tersebut semasa di dunia...pemuda tersebut amat menyesali tindakannya yang tidak mengampuni kesalahan orang lain terhadapnya semasa di dunia kerana walau semahu mana pun hatinya mengampuni kesalahan orang tersebut di saat itu tidak mungkin di buat kerana itulah saat penghitungan dan segala pintu kemaafan dan taubat telah pun tertutup...

Allah Maha Pengampun dan Pengasihani...
Nabi Muhammad s.a.w. juga memiliki sifat pengampun yang sangat tinggi walaupun terhadap musuh beliau..


Mukmin itu diamnya fikir, cakapnya zikir…fikir2fikirkan….


2 comments:

  1. setuju...klo hendak marah...saya punya solusinya niy....herbal peregang otot saraf !

    ReplyDelete