Tuesday 30 April 2013

CINTA SAMPAI SYURGA.


salam....(:

terlampau lama pulak rasanya x mengupdate belog..huhu, ni disebabkan tekanan jiwa semasa praktikum..  agak2 parah di situ... insyaAllah ada masa akan diceritakan.. ok, tadi aku & rumie solat jemaah di masjid setelah sekian lama bertapa di bilik akibat praktikum, jadi disebabkan x sibuk pun minggu ni kami ke masjid, konon2 nak dengar tazkirah... yeayy! jumpa saudara baru yang amat cantek bertudung juga :).. 

malam ni ada pula forum yang dibuat, tajuk gempak, CINTA SAMPAI SYURGA... aku & rumie excited kot, apalagi khusyuk la dengar... kalau ikut apa yang ustaz rusli bagitau tadi, cinta ni bukan saja untuk manusia tetapi untuk Allah, rasul, negara, masyarakat termasuklah individu... that's mean luas betul definisi cinta ni, macam tajuk tazkirah ni juga, cinta sampai ke syurga... p bagi aku memang cinta sampai ke syurga, tetapi cinta jugak sampai ke bulan and beyond... aku kan budak bahasa jadi suka ayat gramatis, metafora & hiperbola semua tu...hihi

moderator pula budak junior pai, sama nama cam aku jugak, haha... dan ahli2 panel pulak ustaz rusli, pp pai & kakak senior sem 7; kak anis comey.. 

banyak perkongsian ilmu yang aku dapat.. yg paling aku ingat apa yang kak anis cakap, doa... tu yang paling penting... 


risalah mawaddah big


perkongsian yang lain adalah mengenai surah al-maidah ayat 55....


سُوۡرَةُ المَائدة

           إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥)


maksudnya: sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
 [al-maidah: ayat 55]
ayat ni ustaz suruh cari sendiri, jadi try cari la, ilmu ni mesti dicari lau mau....

1. Allah s.w.t dengan keesaanNya sentiasa akan membantu hambaNya dalam bentuk hidayah, kebahagiaan rumahtangga, keharmonian dengan jiran tetangga, rahmatNya, perasaan tenteram di jiwa dsbnya
2. kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
2. solat fardu & solat sunat (solat sunat untuk menampung solat fardu)
3. zakat & sedekah
4. al-quran (menjadi sahabat kepada kita untuk 3 alam = alam dunia, kubur & akhirat)

**muhasabah : siapa penolong kita ketika di dunia, di alam kubur dan di alam akhirat? Allah dengan sifat rahman telah memberi kita jawapan sebagaimana di dalam AQ. mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang mendapat pertolongan Allah. semoga amalan kita pada hari ini diterima Allah s.w.t. insyaAllah.




No comments:

Post a Comment