NASIHAT IMAM SYAFIE MENGENAI SAHABAT:
1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering
sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah
aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak
luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku
berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku
untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi
sahabat, aku semakin percaya diri.
2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang
setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Kalau suka melanda, aku sering bertanya, Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?
Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun
bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.
3.Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika
nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak
ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan
diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang
menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika
hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang
Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik
aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk
sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada
bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.
5.Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan
bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua
tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap
mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin
tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan
orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia
kerana kebaikannya sedikit.
6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih
mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada
kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku
berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.
Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati
manusia.
7.Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan
rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat
membakar duri-duri itu.
8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan
dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan
dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.
Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang
dahsyat.
9.Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di
hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat
menjaga diriku dari kejahatan. Aku tujukkan keramahanku, kesopananku dan rasa
persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku zahirkan hal itu
kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan
muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan
persahabatan.
10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku,
kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia
masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti
manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah
dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa
hidup sendiri.
11.Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang
mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya
orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu
menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.
12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam
keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan
kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah
dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika
cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang
dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan
mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang
telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika diatasnya tidak lagi ada sahabat
yang jujur dan menepati janji.
No comments:
Post a Comment