Friday, 29 June 2012

TOLONG BERITAHU PADANYA TENTANG CINTAKU.


Tolong beritahu si dia, ada pesanan buatnya

Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa



Tolong nasihati si dia,
Jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mengingatku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya



Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah, kerana disitu ada Syurga
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya, karena di telapak itu ada syurganya



Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan Zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana taqwanya



Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya



Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga
Tolong sadarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya



Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak kegagalannya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya



Tolong khabarkan pada si dia
Aku tak mahu meletakkan dia serba salah dalam mencintai



Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku



Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.



* Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahukannya sendiri..
  Hanya Engkau Ya ALLAH yang mengetahui siapa si dia..
  Moga pesananku sampai padanya, walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
  Moga dia seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa,

 Memasuki taman larangan dengan sopan-santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh  
 tuannya.. 

No comments:

Post a Comment