
Allah tidak pandang muka kamu yang lawa,
yang buruk atau hancur sekalipun,
Allah hanya memandang hatimu..
Allah juga tidak memandang harta kamu yang berbilion-bilion kat bank, yang miskin mahupun yang papa
kedana atau yang dah porak peranda sekalipun..
Allah hanya memandang hati kamu..iaitu niat dan amal kamu yang betul..
kamu beriman kepada Allah serta beramal dengan segala perintah-perintahNya serta meninggalkan
segala larangan-laranganNya,
nescaya cinta Allah itu akan mengalir kepadamu,
tidakkah kamu berbangga pemilik langit dan bumi ini menyintai kamu,
berbanding mereka yang berbangga-bangga dengan ketidaksedaran diri mereka, untuk mereka itu cinta Allah jauh dari mereka...
Kesenangan untuk mereka hanya 60 -70 tahun saja didunia ini dan akan mendapat azab jutaan tahun di
akhirat nanti..
manakala untuk kamu yang bersabar dengan ujian-ujian itu selama 60 - 70 tahun ini, kamu akan di balas
dengan kesenangan yang kekal abadi di sana nanti..
InsyaAllah..
Jadi, apa-apa juga yang datang atau ujian-ujian yang sedang kita lalui sekarang ini atau ujian yang telah
Allah tetapkan semasa kita dilahirkan kedunia ini lagi, maka bersabarlah..
Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang besar...
No comments:
Post a Comment